Apakah membaca basmalah merupakan rukun mandi wajib Kapan membaca basmalah dilakukan?

Membaca basmalah ketika hendak wudhu dianjurkan menurut Mazhab Syafii.

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA — Rasulullah SAW mengajarkan untuk memulai segala sesuatu perkara dengan mengucapkan lafal basmalah. Sebab dengan membaca basmalah suatu hal yang dikerjakan akan mendapat keberkahan dan bernilai ibadah. Tak terkecuali ketika hendak berwudhu.  

Dalam kitab Al Adzkar, Syekh Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An Nawawi atau Imam Nawawi menjelaskan, membaca basmalah yakni bismillahirrahmanirrahim disunahkan pada permulaan berwudhu. 

Di kalangan ulama Syafi'iyah bila seseorang lupa membaca basmalah pada permulaan wudhu, boleh membaca basmalah di pertengahan wudhu.  

Meski demikian, bila sampai selesai wudhu tertinggal tidak membaca basmalah, hal itu tidak menjadi persoalan. Seseorang tak perlu membaca basmalah karena sudah tertinggal tempat meletakkan ucapan lafal basmalah.  

Wudhu seseorang yang tertinggal atau tidak mengucapkan basmalah baik sengaja atau tidak sengaja maka wudhunya tetap sah. Sebab mengucapkan basmalah bukan bagian dari syarat sah serta rukun dalam wudhu.  

Terdapat keterangan tentang mengucapkan basmalah dalam wudhu. Meski demikian, keterangan tentang membaca basmalah dalam wudhu itu merupakan berasal dari hadis dhaif. Sebagaimana Ahmad bin Hanbal berkata, “Tidak ada hadis yang tsabit yang kuketahui tentang bismillah di dalam wudhu.”  

Di antara hadis dhaif tentang melafalkan basmalah dalam wudhu seperti pada hadits riwayat Abu Dawud dan beberapa perawi lainnya berbunyi: "Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, tidak sempurna wudhu bagi orang yang tidak menyebut nama Allah."  

Hadis tersebut juga diriwayatkan Sa'id bin Zaid, Abu Sa'id, Aisyah, Anas bin Malik, dan Sahl bin Sa'ad. Hadis-hadis tentang ucapan bismillah dalam wudhu juga diriwayatkan Al Baihaqi dan lainnya. Namun, semuanya dinyatakan sebagai hadis dhaif. 

Tak ada salahnya untuk membaca basmalah ketika hendak berwudhu. Terlebih, berwudhu merupakan perkara baik dan sebagai syarat sahnya seseorang untuk melaksanakan shalat. 

Namun, yang terpenting dalam berwudhu adalah melafalkan niat. Posisi niat dalam wudhu ketika jatuhnya air pertama kali ketika membasuh wajah, di mana lafal niat diucapkan dengan lisan sedang tempat niat berada dalam hati. Andrian Saputra 

BACA JUGA: Ikuti News Analysis News Analysis Isu-Isu Terkini Perspektif Republika.co.id, Klik di Sini

Tajuk:

🔘 Niat
‍🔘 Tasmiyah (Baca Basmalah)
‍🔘 Membasuh Seluruh Anggota Tubuh

C. Rukun-Rukun Mandi Dan Hal-Hal Yang Wajib

1. Niat

Kita memang sudah hari-hari mandi, jadi adakah dikira setiap pagi mandi junub? Tidak, kerana yang membezakan mandi biasa dan mandi junub adalah ‘niat’.

✍🏻Dalam hadis dari ‘Umar bin Al Khattab, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya.”
(HR. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)

Perbuatan mandi itu mungkin sahaja sama, tetapi yang membezakannya adalah niat. Amal ibadat tidak sah jika tiada niat. Ini berdasarkan hadis yang masyhur di atas. Tentang tajuk niat ini kita telah bincangkan di bab Wudhu’ tempoh hari dan kita ulang sahaja sebagai penekanan dan peringatan sahaja.

Kita telah bentangkan sebelum ini yang niat ini tidak perlu disebut-sebut (lafaz) seperti yang banyak dilakukan oleh masyarakat Islam kita sekarang. Lazimnya sekarang diajar di sekolah-sekolah adalah dengan menyebut:

“Nawaitu Raf-‘Al Ĥadathil-‘Akbari Li-LLâhi Ta-‘âlâ“
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana ALLâh Ta‘âlâ

Atau lafaz-lafaz niat lain. Ketahuilah bahawa ini adalah tambahan di dalam agama dan tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan golongan salaf. Ia sesuatu yang baru dan bid’ah. Ini bukannya bid’ah hasanah.

✍🏻Imam Syafie sendiri tidak ajar lafaz niat:

Imam Asy-Syafi’i رحمه الله berkata,

الوسوسة في النية الصلاة و الطهارة من جهل بالشرع أو خبل بالعقل

Terjemahan: “Was-was dalam niat solat dan taharah itu adalah kebodohan terhadap syariat atau kekurangan warasan dalam akal”
(Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu ‘Anil Ibtida’, 28)

Kasihan anak-anak di sekolah kena menghafal dan amalkan lafaz niat ini. Kemudian diajar pula ada masa tertentu untuk membaca niat. Ada kata masa hendak buka pili air, masa mula cebok air, ada kata masa basuh tangan, ada pula kata masa air kena pada muka.

Cubalah cari lafaz niat ini di dalam hadis, memang tidak akan jumpa. Ia adalah salah faham dari hadis riwayat Umar yang disebut di atas. Niat ini tidak perlu dilafazkan dan tidak perlu disusun di dalam kepala. Ia memang sudah ada kalau kita hendak mandi junub. Maka, tidak perlu disebut sebab ia memang sudah ada.

Memang sudah terdetik di dalam hati pada waktu itu bukan mandi biasa tetapi mandi wajib. Kenapa disebut kena ada niat dalam syarat mandi junub ini? Ini kerana kita memang sudah setiap hari mandi, tetapi yang menjadikan mandi itu sebagai ibadah adalah apabila ia disertai dengan niat.


2. Tasmiyah (membaca بسم الله)

Kewajipan membaca Tasmiyah juga kita telah sentuh di dalam bab Wudhu’ tempoh hari dan kita ulang sahaja di sini. Ini kerana syarat yang sama juga diletakkan pada mandi junub. Bagaimana hukum membaca بسم الله di awal mandi junub’? Adakah ia wajib atau sunnah? Khilaf ulama’ tentang hal ini.

Maknanya, paling kurang dibaca semasa mengambil wudhu’ adalah membaca tasmiyah. Menurut pendapat majoriti ulama, iaitu ulama’ Hanafiyah, ulama’ Syafi’iyah, dan salah satu pendapat dari Imam Ahmad, membaca bismillah ketika wudhu’ (termasuk Mandi Junub) dihukumi sunat (tidak wajib).

Akan tetapi ada ulama’ seperti penulis kitab Fiqh Praktis (Syaikh Husain bin ‘Audah Al-Awayisyah, anak murid Syeikh Albani) yang kita sedang gunakan ini, Imam Syaukani, Syaikh Al-Albani mengatakan ia wajib berdasarkan hadis yang akan kita berikan sebentar lagi. Oleh kerana itulah tasmiyah dimasukkan di dalam senarai kewajipan di dalam mandi junub.

✍🏻Dalil yang digunakan sebagai sandaran adalah hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوءَ لَهُ وَلاَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ

“Tidak ada solat bagi yang tidak ada wudhu’. Tidak ada wudhu’ bagi yang tidak membaca bismillah di dalamnya.”
(Abu Daud no. 101 dan Ibnu Majah no. 399. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadis ini hasan).

Sebahagian ulama’ mendhaifkan hadis ini, namun dari berbagai jalur, hadis ini menjadi kuat. Jadi kerana itu, ada yang mengatakan membaca bismillah adalah wajib. Sekiranya terlupa, perlu mengulang semula wudhu’. Kalau dalam wudhu’ ia wajib, maka dalam mandi junub pun ia wajib juga.

Kita hendak memberikan pandangan yang lain, iaitu ia sunat. Ini kerana ada juga pendapat yang mengatakan penafian (tidak ada wudhu’ bagi yang tidak membaca bismillah) yang disebutkan dalam hadis adalah menidakkan kesempurnaan.

📍Jadi ia bermaksud wudhu’ yang tidak disertai dengan Tasmiyah adalah tidak sempurna wudhu’nya. Bukanlah tidak sah wudhu’ itu. Maka begitulah juga dengan mandi junub.

Satu lagi hujah yang mengatakan bacaan Tasmiyah tidak wajib adalah berdasarkan pembacaan terhadap hadis-hadis berkenaan wudhu’. Apabila disebut langkah-langkah berwudhu’ itu tidaklah disebut bacaan Tasmiyah di dalamnya.

✍🏻Sebagai contoh, mari kita lihat hadis dari ‘Abdullah bin Zaid,

عَنْ عَمْرٍو عَنْ أَبِيهِ شَهِدْتُ عَمْرَو بْنَ أَبِى حَسَنٍ سَأَلَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ عَنْ وُضُوءِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ ، فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنَ التَّوْرِ ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِى التَّوْرِ ، فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلاَثَ غَرَفَاتٍ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَمَسَحَ رَأْسَهُ ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ مَرَّةً وَاحِدَةً ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Amr bin Yahya Al Mazini menuturkan dari bapanya bahawa dia mengatakan, “Aku menyaksikan Amr bin Abi Hasan bertanya kepada Abdullah bin Zaid tentang tata cara wudhu’ Rasulullah صلى الله عليه وسلم. ‘Abdullah lantas meminta sebekas air, dan memberikan contoh berwudhu’ kepada orang-orang sesuai yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Beliau menuangkan air dari bekas tersebut pada kedua telapak tangannya, lalu membasuhnya tiga kali. Beliau lantas mencelupkan kedua tangannya ke dalam bekas lalu berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya tiga kali menggunakan tiga cedukan tangan. Beliau lantas mencelupkan tangannya ke dalam bekas tersebut dan membasuh wajahnya tiga kali. Beliau lalu mencelupkan tangannya ke dalam bekas dan membasuh tangannya itu sampai ke siku sebanyak dua kali. Beliau kemudian mencelupkan tangannya dan menggunakannya untuk mengusap kepala sekali dari belakang ke depan dan kembali dari depan ke belakang. Beliau lalu membasuh kedua kakinya hingga mata kaki.”
(Bukhari no. 185 dan Muslim no. 18).

Syarah:
Dalam hadis ini tidak disebutkan bacaan bismillah, walhal Abdullah bin Zaid sedang mencontohkan cara wudhu’ Nabi صلى الله عليه وسلم.

Kesimpulan:
Bacaan Tasmiyah sebelum berwudhu’ adalah sunnah yang kuat. Maka, janganlah kita tinggalkan dengan sengaja. Cuma sekiranya terlupa, maka tidaklah perlu mengulangi semula wudhu’.


3. Membasuh seluruh anggota tubuh

Mandi junub hendaklah meratakan air ke seluruh tubuh. Ini sebagaimana telah terdapat dalam hadith ini.

✍🏻Hadits riwayat ‘Aisyah رضي الله عنها yang menceritakan tata cara mandi Nabi صلى الله عليه وسلم,

ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جَسَدِهِ كُلِّهِ

“Kemudian baginda menyiram air pada seluruh badannya.”
(HR. An Nasa-i no. 247. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

✍🏻Dari Jubair bin Muth’im berkata, “Kami saling memperbincangkan tentang mandi janabah di sisi Nabi صلى الله عليه وسلم, lalu baginda bersabda,

أَمَّا أَنَا فَآخُذُ مِلْءَ كَفِّى ثَلاَثاً فَأَصُبُّ عَلَى رَأْسِى ثُمَّ أُفِيضُهُ بَعْدُ عَلَى سَائِرِ جَسَدِى

“Aku mengambil dua telapak tangan, tiga kali lalu aku siramkan pada kepalaku, kemudian aku tuangkan selebihnya pada semua tubuhku.”
(HR. Ahmad 4/81. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadits ini sahih sesuai syarat Bukhari Muslim)

Perlu diingatkan bahawa membasahkan itu hanya pada bahagian tubuh sahaja.

Dalil yang menunjukkan bahawa hanya membasahi seluruh badan dengan air itu merupakan rukun (fardhu) mandi dan bukan selainnya.

✍🏻Sandaran pendapat ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Dia mengatakan,

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِى فَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ قَالَ « لاَ إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِى عَلَى رَأْسِكِ ثَلاَثَ حَثَيَاتٍ ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ ».

“Aku berkata, wahai Rasulullah, aku seorang wanita yang sanggul rambut kepalaku, apakah aku harus membuka sanggulku ketika mandi junub?” Baginda bersabda, “Jangan (kamu buka). Cukuplah kamu menyiram air pada kepalamu tiga kali, kemudian siramlah yang lainnya dengan air, maka kamu telah suci.”
(HR. Muslim no. 330)

Syarah:
Maknanya, seorang wanita yang berambut panjang dan membuat sanggul pada rambutnya, dia tidak perlu membuka sanggulnya itu.

Dia tidak perlu membasuh rambut dia pun. Dia cuma siram sedikit air di kepalanya dan menggosok kepala supaya air itu kena pada kulit kepala. Bahagian yang perlu dikenakan air adalah kulit kepala dan bukannya rambut. Maka rambut tidaklah basah.

Ini menjadi jalan penyelesaian kepada para wanita yang keberatan untuk mandi wajib kerana rambut mereka panjang dan mereka takut tidak sempat kering dan kemudian hendak memakai tudung pula. Maka cara begitu tentunya akan memudahkan mereka.

Dengan seseorang memenuhi rukun-rukun mandi ini, maka mandinya dianggap sah, asalkan disertai niat untuk mandi wajib (al ghuslu). Jadi seseorang yang mandi di pancuran atau shower dan air mengenai seluruh tubuhnya, maka mandinya sudah dianggap sah.

Cara-cara dan langkah-langkah untuk mandi junub nanti kita akan bincangkan satu perkara di dalam kelas seterusnya nanti.

Perbincangan:
Selalu soalan yang timbul adalah dari kalangan orang yang ada penyakit was-was. Mereka sangat takut jika air tidak sampai ke seluruh tubuh , jadi akan diperiksa tubuh mereka. Kadangkala selepas pergi kerja, mereka masih lagi terfikir: “bahagian itu dan ini ada tak kena air?”

Maka sampai tidak keruanlah mereka di tempat kerja dan mula teringat hendak ulang semula mandi wajib itu. Ketahuilah yang itu adalah syak atau penyakit was-was sahaja. Tidak perlu dilayan. Kalau semasa kita mandi kita sudah rasa yang air sudah kena pada keseluruhan badan, maka mandi itu telah sah.

📍Kaedah fiqh mengatakan “al-yakin la uzaalu bil-syak” iaitu ‘yakin tidak dibatalkan dengan keraguan’. Imam Suyuthi menyebut bahawa kaedah ini menjadi 3/4 dari hukum fiqh.

Keraguan tidak boleh memberi apa-apa impak ke atas satu-satu ibadah yang yakin telah dilakukan. Maka apabila sudah selesai sahaja dari mandi, maka jangan difikirkan lagi tentang mandi itu. Teruskan dengan kehidupan anda. Tidak perlu hendak diperiksa teruk sangat, hendak dimasukkan air keseluruhan ceruk tubuh kita. Cukup bahagian yang nampak sahaja. Hanya yang wajib terkena air saat mandi junub adalah seluruh tubuh bahagian luar.

✍🏻Ulama’ bernama Al-Ghazi dalam Fathul Qorib menjelaskan tentang bahagian yang wajib dibasuh:

“Yang dikehendaki dengan kulit adalah kulit bahagian luar. Wajib membasuh bahagian-bahagian yang nampak dari lubang kedua telinga, hidung yang terpotong dan celah-celah badan. Wajib mengalirkan air ke bahagian di bawah kulupnya orang yang memiliki kulup (belum disunnat). Mengalirkan air ke bahagian farji perempuan yang nampak ketika dia duduk untuk buang hajat.

Di antara bagian badan yang wajib dibasuh adalah masrabah (tempat keluarnya kotoran). Ini kerana sesungguhnya bahagian itu nampak ketika buang hajat sehingga termasuk dari badan bahagian luar.” Jadi, kalau sampai hendak masukkan air ke telinga, dalam mata, bawah kuku, itu sudah berlebihan sangat. Kalau kita ratakan air ke seluruh badan, itu pun sudah cukup. Air itu sifatnya memang akan masuk ke semua tempat.

✍🏻Al-Bakri dalam I’anah Al-Talibin, hlm. 1/54, menyatakan:

ولا يجب تيقن عموم الماء جميع العضو، بل يكفي غلبة الظن به

Artinya: Tidak wajib meyakini meratanya air ke seluruh anggota badan. Cukup sahaja dengan agakan yang kuat akan sampainya air.

Maksudnya cukup dengan agakan sahaja, asalkan anda sudah menyiramkan air ke seluruh tubuh, maka itu dianggap air sudah sampai ke seluruh tubuh. Tidak perlu dipastikan atau dilihat secara terperinci (detail) dan pasti akan sampainya air tersebut.

Allahu a’lam. Lihat kepada Sunnah-sunnah Mandi pula.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=========================

1. Niat dengan erti kata lain adalah sesuatu yg terdetik di dalam hati. Benarkah pernyataan ini?

🔵 Ya. Niat yang terdetik di dalam hati menjadi keazaman untuk dilakukan.

Ada yang terdetik di dalam hati tetapi tidak menjadi azam. Itu adalah ‘lintasan hati’ sahaja, belum diertikan sebagai niat lagi.

Contoh: Kadang ada orang yang kita benci. Rasa hendak ditumbuk sahaja. Itu adalah lintasan hati.

Kalau sudah membuat rancangan hendak menumbuk dengan cara yang bagaimana, itu barulah niat.

2. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah sebegini? Melafazkan niat telah dididik sejak daripada usia kecil lagi. Jika kita cuma menegurnya, akan dipersalahkan pula.

🔵 Jika untuk diri sendiri, amalkan sedikit demi sedikit. Insya Allah akan berhenti sendiri.

Jika menasihatkan kepada orang lain, tanyakan kepada mereka dalil untuk melafazkan niat.

3. Adakah perlu mengambil wudhu’ dahulu sebelum mandi wajib?

🔵 Tidak. Mandi wajib itu sunat dimulai dengan anggota wudhu’. Sebab itu ada yang menyangka itu wudhu’. Tetapi sebenarnya ia adalah anggota yang sama dengan anggota wudhu’.

4. Jika membaca basmalah atau tasmiah setelah selesai berwudhu’, adakah masih dikira?

🔵 basmalah atau tasmiah dibaca pada permulaan wudhu’, begitu juga ibadah yang lain.

5. Adakah bacaan basmalah ini dibaca perlahan atau kuat? Adalah boleh dibaca di dalam hati sahaja?

🔵 Apabila dikatakan ‘baca’ maka perlu dilafazkan.

6. Adakah boleh membaca basmalah dengan lafaz ta’awuz sekali?

🔵 Tidak boleh ditambah.

7. Kesimpulannya adalah kesemua perbuatan perlu dimulakan dengan bacaan basmalah?

🔵 Ya.

8. Adakah benar tidak perlu berwudhu’ lagi apabila telah mandi wajib?

🔵 Mandi wajib mengangkat hadas yang lebih besar daripada wudhu’. Maka hadas kecil juga telah termasuk. Tidak perlu mengambil wudhu’ lagi. Tidak perlu juga mengambil wudhu’ dalam mandi wajib.

9. Jika terlupa untuk membaca basmalah, adalah boleh membaca semasa wudhu’ hampir selesai?

🔵 Ya boleh jika terlupa. Jangan disengajakan.

10. Jika wudhu’ kurang sempurna, adakah bermaksud pahalanya juga kurang?

🔵 Ya, pahalanya tidak sempurna tetapi wudhu’ tetap sah.

Ini pandangan yang saya pilih. Jika ada yang mengikut pendapat mengatakan ia wajib, maka perlu dia mengulang semula wudhu’ atau mandi wajib tersebut seandainya terlupa membaca basmalah.

11. Adakah boleh melakukan ibadah dengan hanya mandi wajib tanpa berwudhu’?

🔵 Ya.

12. Adakah hadith ini menjadi dalil untuk berwudhu’ dahulu sebelum mandi wajib?

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِى الْمَاءِ ، فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ، ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

Dari ‘Aisyah, isteri Nabi ﷺ, bahwa jika Nabi ﷺ mandi junub, beliau memulainya dengan mencuci kedua telapak tangannya. Kemudian beliau berwudhu sebagaimana wudhu untuk solat. Lalu beliau memasukkan jari-jarinya ke dalam air, lalu menggosokkannya ke kulit kepalanya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedukan kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian beliau mengalirkan air ke seluruh kulitnya.” (HR. Bukhari no. 248 dan Muslim no. 316)

🔵 Wudhu’ dari segi bahasa bermaksud membasuh.

Nabi Muhammad basuh seperti di dalam wudhu’. Ini sunnah. Bukan rukun atau wajib.

13. Adakah sunnah untuk menyiram kepala sebanyak tiga kali sebelum menyiram badan?

🔵 Ya.

14. Adakah sama sahaja mandi junub dan mandi haidh di mana wanita tidak perlu membuka ikatan atau sanggul rambutnya?

Saya pernah mendengar hadis Ummu Salamah adalah untuk wanita junub sahaja dan bukan merujuk kepada wanita haidh.

🔵 Wanita suci dari haidh perlu membasuh rambutnya. Berbeza dengan mandi junub.

15. Berdasarkan hadith Jubair dan hadith Ummu Salamah, adakah boleh memulakan mandi wajib tanpa membasuh anggota wudhu’ terlebih dahulu?

🔵 Ya boleh. Berwudhu’ sebelum mandi wajib adalah sunat, bukan wajib.

16. Adakah masih boleh memilih untuk membuka ikatan rambut bagi wanita yang junub?

🔵 Jika hendak membuka dan membasuh semua adalah tidak dilarang. Lebih menyegarkan dan rambut tidak berbau.

17. Apakah hukumnya jika kita meminta bayaran daripada orang yang melanggar kereta kita, tetapi dia adalah OKU dan kerja hanya di masjid sahaja?

🔵 Hak awak untuk meminta bayaran dan kewajiban dia untuk membayarnya tetapi jika hendak berbaik, maafkanlah, pahala untuk awak.

18. Jika ada anggota yang kotor kerana terkena minyak, cat, atau dakwat dan sukar untuk dibersihkan, sah atau tidak mandi wajib dan wudhu’ kita?

🔵 Sah. Kita dinilai atas kemampuan kita sahaja. Dalil Surah At-Taghabun 64:16

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Kapan membaca basmalah saat mandi wajib?

Adapun membaca bismillah sebelum mandi junub adalah Mustahab (Sunnah).

Kapan membaca basmalah dilakukan?

Bacaan ini diucapkan setiap kali seorang Muslim melakukan salat dan dianjurkan dibaca setiap memulai kegiatan sehari-harinya sehingga apa pun yang ia kerjakan semata-mata niat karena Allah dan mendapatkan restu atas pekerjaan tersebut.

Apakah membaca basmalah merupakan rukun mandi wajib?

Adapun sunnah dalam mandi wajib menurut mazhab Syafi'i ada lima. Lima itu ialah tasmiyah (membaca bismillah), berwudhu sebelum mandi, gosokan tangan di atas badan, muwalah (berkesinambungan dalam berwudhu), dan mendahulukan anggota tubuh yang kanan atas kemudian yang kiri.

Apa saja rukun dalam mandi wajib?

Rukun mandi wajib menurut mazhab Syafi'i terdiri dari tiga hal, yaitu niat, membersihkan najis yang menempel pada tubuh, dan mengguyur air ke seluruh rambut dan kulit.