Lirik lagu Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

HomelirikLIRIK LAGU KERIS SAKTI OST. UPIN IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL - FAKHRUL RAZI

Lirik lagu Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya penyanyi lagu Keris Sakti yang merupakan OST. Filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal tu. Ramai penonton yang sudah menonton filem ini memuji suara seorang penyanyi lelaki tersebut. Kalau korang nak tahu, beliau adalah Fakhrul Razi. Untuk pengetahuan korang, penyanyi berusia 39 tahun yang berasal dari Brunei Darussalam ini pernah mewakili negaranya bertanding di World Championship Of Performing Arts yang diadakan di Hollywood, Amerika Syarikat. Jadi bukan calang-calang orang ya.

LIRIK LAGU KERIS SAKTI (OST. UPIN IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL)

- FAKHRUL RAZI

Keris sahabat pada yang setia

Seteru pada yang derhaka

Siapa dia pahlawan perkasa 

Yang akan menegak keadilan 

Tujuh petala langit seru namanya 

Tujuh petala bumi gerun akannya

Keris sakti kekuasaan raja 

Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana 

Hilang takhta hancur negara 

Pulanglah segera menghalau durjana 

Airmata merungkai segalanya

Tujuh petala langit seru namanya

Tujuh petala bumi gerun akannya

Keris sakti kekuasaan raja

Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana

Hilang takhta hancur negara

Pulanglah segera menghalau durjana

Airmata merungkai segalanya

Lalala lalala lalala lalala lalala

Jangan kelana entah kemana 

Pulang segera menghalau durjana

Jangan kelana entah kemana

Pulang segera menghalau durjana

(Ayohhh)

Jangan kelana entah kemana

Pulang segera menghalau durjana

Jangan kelana entah kemana

Pulang segera menghalau durjana


"Keris Sakti" merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Brunei, Fakhrul Razi yang turut memegang watak sebagai Nakhoda Ragam bersama dengan Asyiela Putri selaku pelakon suara watak Upin dan Ipin yang juga dijadikan salah satu daripada dua lagu tema untuk filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Lagu ini merupakan runut bunyi yang ke-24 (Syair dan Keris Sakti), ke-52 (versi asal filem) dan ke-53 (versi instrumental) dalam album runut bunyi rasmi filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Lagu ini dicipta bersama oleh Andrew Bong yang juga komposer utama filem ini dan Cheong Micheal manakala liriknya pula ditulis oleh Hjh. Ainon Ariff. Lagu ini diterbitkan sepenuhnya oleh Les' Copaque Production.

Lagu ini dinyanyikan dalam filem ketika babak persembahan Nakhoda Ragam di Pelabuhan Megah dan penyatuan semula Upin dan Ipin setelah terpisah jauh di Inderaloka.

Lirik

(Syair)
Tujuh petala langit menyeru namanya
Tujuh petala Bumi gerun akannya
Keris sakti kebesaran negara, keris sakti kekuasaan raja
Hilang di dunia, tiada jejaknya
Kurun demi kurun, silih berganti
Menanti yang hak datang membela

Keris sahabat pada yang setia
Seteru pada yang derhaka
Siapa dia pahlawan perkasa
Yang akan menegak keadilan?

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala Bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara...

Hey!!

[Chorus]
Jangan berkelana entah ke mana
Hilang takhta, hancur negara
Pulanglah segera, menghalau durjana
Air mata merungkai segalanya

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala Bumi gerun akannya
Keris sakti, kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara...

[Chorus]

Heyyyyy..hiyarrgh!!
Amboi!!
Eh..eh..eh..ewahh!!
Hey..haha...
Wooo...hey...haha!!

Lalala, lala lala, lalalalala, lala, lala, lalaa...

Jangan kelana, entah ke mana
Pulang segera, menghalau durjana (Ayuh!!)
Jangan kelana, entah ke mana (Aaaaaaa...)
Pulang segera menghalau durjana (Aaaaaaa...)

Kredit

  • Rakaman di: Grand Theft Records, Nomad Studios, dan WGBH Fraser Studios
  • Penerbit: Les' Copaque Production Sdn. Bhd. dan Sountrec
  • Pengadun Muzik: Falk Au Yeong
  • Gubahan Orkestra: Sachiko Miyano
  • Rakaman Muzik Video: Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
  • Komposer Lagu: Andrew Bong dan Cheong Michael
  • Penulis Lirik: Hjh. Ainon Ariff
  • Dipersembahkan oleh: Fakhrul Razi

Trivia

  • Lagu ini merupakan lagu pertama dalam mana-mana lagu dari siri atau filem animasi Malaysia yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Brunei Darussalam.
  • Lagu ini juga menjadi lagu pertama dalam mana-mana siri atau filem animasi Malaysia yang dinyanyikan oleh penyanyi selain dari Malaysia atau Indonesia.
  • Lagu ini ditambah dengan syair dalam filem. Syair tersebut diambil daripada perihal Keris Siamang Tunggal pada permulaan tayangan filem.
  • Dalam bahasa Inggeris, lagu ini dinamakan semula dengan tajuk 'The Mystical Kris'.
  • Lagu ini muncul dalam beberapa episod di Upin & Ipin musim ke-13.
  • Babak lagu ini dalam filem mengambil masa selama tiga bulan untuk dianimasikan dengan lebih seratus karakter perlu dihasilkan. Babak ini juga dikira sebagai babak termahal oleh kru produksi dalam filem ini.
    • Gerak tari dalam babak ini diadaptasi daripada gerak tari lagu dalam filem-filem Bollywood.
  • Lagu ini juga merupakan lagu Malaysia pertama (dan lagu pertama yang dinyanyikan oleh rakyat Brunei Darussalam) yang tercalon di Anugerah Akademi apabila tercalon dalam kategori Lagu Tema Asal Terbaik untuk edisi ke-92 tahun 2020.

Galeri

Video

Keris Sakti Official MV - Fakhrul Razi (OST Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal)

Fakhrul Razi - Keris Sakti Lyric MV (OST Keris Siamang Tunggal)

Upin & Ipin - Keris Sakti (Sing Along)

Keris Sakti - Fakhrul Razi -LIVE-

Karnival Upin & Ipin 2019 - Persembahan Keris Sakti

Apa tulisan di Keris siamang tunggal?

Dalam tubuh keris itu, digurat beberapa kalimat, bunyinya: Dua sinar sebagai pertanda, hilanglah gelap, datanglah cahaya.

Apa judul lagu upin ipin keris siamang tunggal?

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal adalah sebuah album lagu tema film animasi 2019, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.