Siapa juara suara viral 3.0

View this post on Instagram

A post shared by Ria X (@officialriax)

Negara kita yang tercinta ini memang tidak pernah ketandusan bakat-bakat terpendam di dalam bidang nyanyian. Buktinya, ada saja di antara bakat-bakat ini yang pernah tular di media sosial kerana memiliki bakat nyanyian yang luar biasa. 

Bakat-bakat inilah yang terus dicari dan bakal diketengahkan di dalam program Suara Viral 3.0 akan bersiaran selama 10 minggu, mulai 20 Julai hingga 21 September di Astro Prima, setiap Rabu, jam 9.00 malam. 

Pencarian bakat untuk Suara Viral 3.0 telah dilakukan secara dalam talian disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan pada bulan Julai dan Ogos 2021.

Daripada hampir 1,000 video ujibakat yang diterima, 42 peserta telah dipilih termasuk penyanyi solo, duo atau berkumpulan (dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli) berumur 18 tahun ke atas untuk berentap dalam musim ketiga selama tujuh minggu. 

Siapa juara suara viral 3.0
Gambar ihsan Astro

Enam peserta akan bersaing antara satu sama lain dalam setiap minggu dan juara mingguan akan mara ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk menjadi juara keseluruhan. 

Nasib setiap peserta terletak pada kehebatan nyanyian mereka. Penjurian dan pemarkahan pada kali ini diteruskan dengan menggunakan sistem liga berdasarkan pemarkahan sepenuhnya daripada pihak juri profesional.

Ketua Saluran Astro Prima, Notrzeha Mohd Salleh berkata, penglibatan rakyat yang sangat aktif adalah sebab utama pihaknya terus menerbitkan program ini untuk musim yang ketiga. 

“Sejak daripada Suara Viral 2.0 lagi, kami telah mendapat banyak permintaan daripada para peminat untuk melanjutkan sesi audisi secara dalam talian kerana masih ada ramai yang ingin menyertai rancangan ini. 

“Alhamdulillah, Suara Viral 2.0 telah mengecapi pelbagai kejayaan dengan jumlah tontonan sebanyak 3.4 juta. Minat dan sokongan merekalah yang memberi kami inspirasi untuk terus mencari lebih banyak bakat nyanyian dalam negara kita,” katanya. 

Jelas Norzeha lagi, rancangan ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk mempamerkan bakat-bakat tulen yang tidak bergantung kepada populariti mahupun kedudukan sosial mereka, malah menitikberatkan usaha mereka sendiri dalam menonjolkan persembahan yang mampu menarik hati para juri. 

“Sesungguhnya inilah usaha kami untuk membantu mereka agar lebih dikenali dalam persada hiburan negara ini.

“Bukan itu sahaja, rancangan ini juga berperanan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk mengejar impian walaupun tidak mempunyai asas yang kukuh,” katanya. 

Suara Viral musim kali ini diteruskan dengan format yang sama. Namun keunikan yang dibawa kembali dalam musim ketiga adalah penggunaan konsep ‘Tangga Viral’ di mana setiap peserta akan memulakan persembahan mereka di anak tangga yang teratas dengan hanya menunjukkan bayangan silhouette mereka kepada para juri. 

Cabaran bagi setiap peserta merupakan kehebatan suara mereka dalam menarik perhatian setiap juri untuk menekan butang buzzer yang akan menyalakan lampu di setiap anak tangga sehingga ke anak tangga yang terakhir. 

Identiti dan wajah setiap peserta hanya akan didedahkan sekiranya kesemua enam orang juri menekan butang buzzer mereka sekaligus lantas membawa peserta ke tengah pentas. 

Siapa juara suara viral 3.0
Marsha Milan - Gambar fail

Suara Viral 3.0 mengekalkan gandingan hebat penyampai radio ERA, Danial Zaini bersama penyanyi, pelakon dan penulis lagu, Naim Daniel sebagai hos utama rancangan. 

Manakala barisan juri pula masih digalas oleh nama-nama besar seperti Datuk Hattan, Marsha Milan, Aina Abdul dan Haqiem Rusli. 

Pemenang mingguan akan membawa pulang RM1,000 selama 7 minggu dan juara keseluruhan akan memenangi hadiah wang berjumlah RM10,000 beserta trofi. - Getaran, 21 Julai 2022