Kita biasa makan udang sebagai salah satu lauk makan tengah hari ataupun malam. Namun, pernahkah anda memakan kulit udang? Percayakah anda jika kami katakan bahawa terdapat banyak khasiat kulit udang jika ia dimakan? Ini yang anda perlu tahu. Show
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini. Ini khasiat kulit udang!Udang merupakan antara jenis makanan laut yang biasa dikonsumsi oleh penduduk di Malaysia. Udang juga hadir dengan pelbagai saiz dan juga jenis. Apa pun saiz dan jenisnya, isi udang mempunyai nutrisinya tersendiri yang memberikan kebaikan kepada tubuh kita apabila dimakan. Namun, selain makan udang, ramai daripada kita yang masih belum tahu bahawa terdapat khasiat kulit udang apabila dimakan. Apakah khasiat tersebut? Untuk pengetahuan anda, pada kulit udang terdapat sejenis bahan kimia yang disebut sebagai kitosan. Berdasarkan kajian, kitosan ini boleh membantu mengurangkan berat badan dan juga tahap kolesterol dalam darah. Malah, jika diambil dalam bentuk suplemen pemakanan, ia boleh meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding kolesterol jahat. Selain daripada kandungan kitosan, kulit udang juga kaya dengan kandungan kalsium. Dalam tubuh manusia, kalsium perlu diambil setiap hari bagi menguatkan struktur tulang dan juga gigi. Selain makan udang, bolehkah kulitnya dimakan juga?Mungkin ada yang risau sama ada kulit udang boleh dimakan atau tidak. Anda boleh memakan kulit udang tanpa bimbang ia akan menyebabkan sakit perut. Ini kerana, kulit udang merupakan antara bahagian udang yang boleh dimakan selain isinya. Walaupun ia agak kurang menyelerakan disebabkan rupa dan teksturnya, namun khasiat kulit udang ternyata agak bermanfaat kepada manusia. Jika anda tahu teknik yang betul, kulit udang juga boleh menjadi antara hidangan atau snek yang menyelerakan. 3 cara menikmati kulit udangTerdapat tiga kaedah atau teknik yang boleh anda gunakan dalam menyediakan kulit udang: #1. Udang goreng rangupBagi mereka yang biasa memakan udang yang telah siap dikopek, apa kata anda cuba versi yang belum dikopek pula. Anda boleh gorengkan udang bersama kulitnya melalui cara di bawah ini:
#2. Snek kulit udangJika anda gemar makan udang dan mengopek udang untuk mendapatkan isinya sahaja, jangan buang kulit udang tersebut. Ambil sedikit untuk dibuat snek kulit udang. Cara-caranya adalah seperti berikut:
#3. Sup kulit udangMungkin anda tidak pernah membuat sup seperti ini, namun percayalah ia sangat berkhasiat. Cara ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka makan udang tetapi tidak gemar memakan kulit udang. Ikuti kaedah penyediaannya di bawah ini:
Selamat mencuba! Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. Apakah boleh makan udang dengan kulit?Kulit udang ternyata memiliki berbagai nutrisi yang baik, seperti protein, kalsium, zat besi, zinc, vitamin B12, dan banyak lagi. Ditambah lagi, mengonsumsi kulit udang juga telah dikaitkan dengan penurunan kadar kolesterol darah.
Apakah kepala dan kulit udang boleh dimakan?Kandungan di dalam kepala udang beragam dan dapat memberi manfaat bagi kesehatan. Oleh karena itu, kepala udang bisa Anda konsumsi. Meski begitu, Anda tetap disarankan untuk membatasi konsumsinya karena mengandung logam putih yang bisa membahayakan tubuh.
Apakah kulit udang tidak bisa dicerna?Secara umum, kulit udang dapat dimakan dan tidak akan membahayakan Anda.
Kulit udang mengandung apa?Kulit udang mempunyai kandungan kalsium karbonat, protein dan kitin sebagai komponen utama. Melalui proses dekalsinasi dengan menggunakan larutan asam (1-2 N) dan deproteinasi dengan menggunakan larutan basa (3-4 N) dihasilkan kitin.
|