Show Adakah batal wudhu sekiranya menyentuh kemaluan? Mazhab Hanafi: Tidak batal Hujah dan dalil Mazhab Hanafi Hadis Thaliq bin Ali ertinya: Inilah juga pendapat Umar, Ali, Ibn Masu, Ibn Abbas, Zaid bin Thabit, Imran bin Husain, Huzaifah bin Al-Yaman, Abu al-Darda dan Abu Hurairah ra. Segelintir Ulama mutakhirin menyokong pendapat ini. Di antaranya Ibn Rusyd, Sheikh Al-Islam Ibn Taimiya, Sheikh Albani dan lain-lain lagi. Ulama2 ini mengambil jalan tengah antara kesemua hadis (yakni tidak batal dan batal). Mereka berpendapat tidak batal wudhu sekiranya disentuh tanpa syahwat Hujah dan dalil Mazhab Maliki Wudhu batal apabila tersentuhnya telapak tangan pada zakar. Tetapi perempuan yg menyentuh farajnya tidak pula batal. Mereka juga berpendapat, terbatal juga wudhu sekiranya zakar disentuh orang lain yang sudah baligh. Tetapi tidak batal kiranya org yang belum baligh menyentuhnya. Bahwa Nabi saw. bersabda: Siapa yang menyentuh kemaluannya, maka janganlah Ia shalat sampai ia wudhuk lebih dahulu! (Hadis riwayat yang berlima dan dinyatakan sah oleh Turmudzi). Manakala dalam hadis yang lain pula, bahwa Nabi saw. bersabda: Siapa yang membawa tangannya ke kemaluan tanpa ada yang membatas, maka wajib benwudhuk. (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibbah dan Hakim yang menyatakannya sah bersama Ibnu Abdil Bir). Hujah dan dalil Mazhab Syafii dan Hanbali Wudhu terbatal dengan menyentuh mana2 kemaluan.(zakar, qubul orang perempuan dan dubur). Tidak kira kepunyaan sendiri maupun tidak, kecil atau besar, masih hidup atau sudah mati. Menurut Imam SyafiI, sentuhan yang dimaksudkan itu bermaksud sentuhan dgn telapak tangan sahaja. Manakala menurut Mazhab Hanbali, sentuhan itu termasuk juga belakang telapak tgn bukan telapak sahaja. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud: Mazhab Hanbali menafsirkan belakang tangan juga termasuk di dlm anggota tangan. Dalil kedua mazhab berkaitan batalnya wudhu dgn sentuhan adalah: Hadis riwayat Busrah binti Safwan dan Ummu Habibah: Dlm lafaz yang lain baginda bersabda: Hadis riwayat Abu Hurairah: Dalam lafaz yang lain: Perkataan faraj meliputi dua kemaluan iaitu qubul dan dubur KesimpulanSetelah melihat kesemua pandangan dan huraian ulamak, saya lebih cenderung kepada batalnya wudhu apabila menyentuh kemaluan. Persoalannya, bagaimana pula dengan hadis Talq bin Ali ra yang jelas mengatakan batal wuidhu. Ulama yang menyokong pendapat ini telah menggariskan beberapa kaedah utk meleraikan hadis yg saling bercanggah. Berikut adalah antara jalannya: 1)Apabila bertembung dua dalil: dalil yg melarang dan dalil yg mengharuskan, maka diungguli dalil yg melarang. Majoriti mujtahid menerimapakai metode ini kerana sebagai langkah2 berhati-hati. 2)Metode tarjeeh seterusnya ialah melihat hadis mana yg lebih kuat (mempunyai jumlah jalan periwayatan dan penuat di dalam sanadnya).
Dari Abu Hurairah
r.a.: Oleh kerana Abu Hurairah ra adalah sahabat junior dalam Islam(memeluk Islam 4 thn seblm Nabi wafat), maka dikatakan hadis di atas ini sebagai hadis terbaru yang memansuhkan hadis Talq bin Ali ra. Walaupun begitu, hadis ini didaifkan oleh Ahmad Muhammad Syakir. Allahu'alam 4)Metode tarjeeh yg lain ialah Hadis Talq adalah hukum asal, manakala Hadis Busrah adalah hukum baru yg menggugurkan hukum asal. 5)Kaedah yang kelima, apabila bertembungnya antara 2 hadis, maka hendaklah diunggulkan hadis yang selari hukumnya dgn dalil2 yang lain. Oleh kerana terdapat hadis yg menunjukkan hukum yang serupa kepada kaum wanita iaitu; "Sesiapa yang menyetuh farajnya hendaklah dia berwudhu'" [dinilai sahih oleh Albani] maka hadis Busrah diunggulkan. RujukanFeqhus sunnah Oleh Sheikh Sayyid Sabbiq Fiqh Islami Oleh Dr Wahbah Az-Zuhaily Kesalahan orang-orang yang bersolat Oleh Muhammad Siddiq Al-Minsyawi Kaedah Memahami Hadis2 yang Saling Bercanggah http://Al-Ahkam.com.my// Apakah menyentuh kemaluan tanpa alas dapat membatalkan wudhu?Jawabannya, tidak membatalkan wudhu. Inilah yang menjadi pendapat Imam Malik, Ats Tsauri dan ulama Hanafiyah, berbeda halnya dengan pendapat Imam Asy Syafi'i.
Sudah wudhu tapi memegang kemaluan apakah batal?Ini hukum baru yang datang dari syariat Islam. Berbeda dengan hadits Talq bin 'Ali, tidak ada hukum baru di sana. Karena dikatakan bahwa menyentuh kemaluan itu tidak membatalkan wudhu sebagaimana menyentuh bagian yang lain. Tidak wajibnya wudhu sudah ada sejak sebelum adanya Islam.
|