Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada
bulan Ramadhan yang mulia dan solat tarawih adalah sinonim pada bulan ini Show Selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan Namun pada tahun 2020 pastinya berbeza susulan kita masih berada dalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 menyebabkan solat secara berjemaah di surau/ masjid dilarang buat sementara waktu Sama-samalah kita menghidupkan dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini bersama-sama keluarga dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam Lailatul Qadar seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.” Dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara mengerjakan solat Tarawih dan selepas itu solat Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita Solat Tarawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika. Ianya juga merupakan Ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Allah SWT Sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka memadai dengan lapan rakaat serta dibenarkan secara duduk Hukum Solat TarawihHukum mengerjakan/ melaksanakan solat terawih adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah Solat Tarawih sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam. Walaupun begitu solat bersendirian di rumah juga adalah dibolehkan dan yang paling afdhal melakukannya secara berjemaah Waktu Solat TarawihDitunaikan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat Bilangan RakaatPada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja Pada zaman Rasulullah SAW solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu Solat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Boleh dilaksanakan empat rakaat dengan 4 rakaat dengan 2 tahiyat atau empat rakaat sekaligus Lafaz Niat Solat Tarawih Secara Sendirianاُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini lillahi ta’aalaa Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah ta’ala Lafaz Niat Solat Tarawih Secara Berjemaahاُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا/مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini Imaman/Makmuman lillahi ta’aalaa Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai Imam/Makmum kerana Allah ta’ala Tatacara Menunaikan Solat Sunat TarawihRakaat Pertama
Rakaat Kedua
Nota: Rukun Solat Tarawih adalah sama dengan rukun solat yang lain juga Bacaan SurahSelepas bacaan surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat Solat Tarawih, dibaca surah-surah tertentu: Bermula malam 1 hingga 15 Ramadhan a) Pada setiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah Al-Takathur hingga surah Al-Masad seperti susunan berikut: 1. Surah Al-Takathur 2. Surah Al-Asr 3. Surah Al-Humazah 4. Surah Al-Fil 5. Surah Quraisy 6. Surah Al-Ma’un 7. Surah Al-Kauthar 8. Surah Al-Kafirun 9. Surah An-Nasr 10. Surah Al-Masad b) Pada setiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas
Bermula malam 16 hingga Akhir Ramadhan a) Pada setiap rakaat yang pertama dibaca surah Al-Qadr (malam ke-16 dan seterusnya) b) Pada setiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 ramadhan iaitu bermula dari surah Al-Takathur hingga surah Al-Masad Solat WitirSetelah selesai melakukan Solat Tarawih, ianya pula diikuti dengan Solat Witir sebanyak tiga rakaat. Seperti Solat Tarawih, Solat Witir juga boleh dilakukan secara berjemaah ataupun sendirian Solat Witir boleh dilakukan dengan kaedah 3 rakaat dengan 2 salam iaitu solat pertama sebanyak 2 rakaat dan solat kedua sebanyak 1 rakaat Lafaz Niat Solat Witir Dua Rakaat اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى Ushalli sunnatal witri rak’ataini lillahi ta’aalaa Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah ta’ala Lafaz Niat Solat Witir Satu Rakaat اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى Ushalli sunnatal witri rak’atan lillahi ta’aalaa Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah ta’ala Tatacara Menunaikan Solat Sunat Witir Rakaat Pertama 1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati 2. Membaca doa iftitah 3. Membaca surah Al-Fatihah 4. Membaca surah Al-A’la 5. Rukuk dan Iktidal 6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua Rakaat Kedua 1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua) 2. Membaca surah Al-Fatihah 3. Membaca surah Al-Kafirun 4. Rukuk dan Iktidal 5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua 6. Duduk Tahiyyat Akhir 7. Memberi salam Nota: Rukun Solat Tarawih adalah sama dengan rukun solat yang lain juga Rakaat Terakhir 1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati 2. Membaca surah Al-Fatihah 3. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas 4. Rukuk dan Iktidal 5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua 6. Duduk Tahiyyat Akhir 7. Memberi salam Nota: Rukun Solat Witir adalah sama dengan rukun solat yang lain juga Baca Juga: Panduan Baca Surah Pendek Tarawih Dalam Rumi Video Penjelasan Solat TarawihVideo Penjelasan Solat WitirHukum Solat Tarawih Secara Bersendirian Kedudukan Makmum Solat Tarawih
Buku PDF Panduan Dan Cara Sembahyang Sunat Terawih Terkini Berikut adalah buku online Panduan Sembahyang (Solat) Sunat Tarawih keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang boleh dimuat turun (download), klik pada judul pautan yang disertakan
Related : solat sunat terawih, menunaikan solat tarawih, cara untuk, baca bilal, baca niat, imam al, dua rakaat satu salam, kerana solat, bilangan rakaat solat sunat, mengerjakan solat sunat, |